fbpx

Boleh cuba tumbang kerajaan tapi rakyat akan tolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow (kanan) meneliti pelan projek menaik taraf tapak penjaja Lebuh Kurau 5, Taman Chai Leng, hari ini. Foto SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Gerakan menumbangkan Kerajaan Perpaduan diyakini gagal menggugat kestabilan pentadbiran negara yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, Kerajaan Perpaduan dibentuk menerusi sokongan majoriti dua pertiga malah dikukuhkan lagi penguatkuasaan Akta Anti Lompat Parti 2023 juga telah berkuat kuasa.

Menurutnya, rakyat sudah buat keputusan dan semua parti sudah mencapai persetujuan pembentukan Kerajaan Perpaduan.

“Ada Akta Anti Lompat Parti, orang (pembangkang) yang cakap bukan-bukan maknanya mereka tidak ambil kira akta (yang termaktub dalam perlembagaan) itu melainkan mereka paksa untuk melakukan pilihan raya semula.

“Kalau mereka rasa ini cara terbaik, itu mereka yang rasa, tetapi rakyat fikir sebaliknya. Mereka (pembangkang) boleh cuba lah (tumbang kerajaan), tetapi rakyat akan tolak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung wujudnya gerakan untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Terdahulu, beliau menghadiri sesi taklimat kepada peniaga bagi projek naik taraf Tapak Penjaja Lebuh Kurau 5, Taman Chai Leng di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Kon Yeow berkata, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM5 juta untuk menaik taraf tapak penjaja itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI