fbpx

Tiada jawatan guru sandaran, buka guru ‘one-off’ – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (tiga kanan) ketika program ziarah tersebut di Tanjong Karang, Kuala Selangor, hari ini.

KUALA SELANGOR – Kementerian Pendidikan (KPM) tidak bercadang mewujudkan semula jawatan guru sandaran bagi menampung isu kekurangan guru di seluruh negara.

Namun, kementerian itu menawarkan pengambilan guru secara ‘one-off’ yang mula dibuka pada bulan lalu.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sebanyak 260,00 permohonan diterima menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) setakat ini.

Katanya, hanya 19,000 kekosongan yang ditawarkan bagi mengisi kekurangan guru tersebut.

“Mereka yang memohon itu diharap memenuhi kriteria ditetapkan kerana pengambilan dan penempatan guru dibuat secara ‘one-off’.

“Kita setakat ini tiada bercadang mewujudkan semula guru sandaran,” katanya ketika ditemui selepas program Ziarah Selamat Hari Raya Cikgu di Tanjong Karang di sini, hari ini.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) sebelum ini memohon KPM menawarkan semula jawatan guru sandaran bagi menampung isu kekurangan guru termasuk di Sabah dan Sarawak.

Fadhlina menegaskan lebih 8,000 guru baharu diambil bagi pengambilan pertama pada Februari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI