fbpx

Lelaki dibuang kerja sebab mohon cuti isteri bersalin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Nasib seorang lelaki bertukar malang apabila dibuang kerja gara-gara ingin memohon cuti untuk menjaga isterinya yang akan bersalin.

Perkara itu dikongsikan di Twitter AsyrafRosli, memaparkan beberapa tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp individu terbabit bersama penyelianya.

Berdasarkan perbualan itu, difahamkan lelaki tersebut terpaksa mengubah cuti yang diambil pada saat akhir ekoran isterinya dijangka bersalin lebih awal daripada tempoh jangkaan.

“Assalamualaikum bos, esok boleh saya cuti seminggu. Bini saya bersalin awal. Saya kena cuti untuk jaga isteri saya,” katanya kepada penyelia.

Bagaimanapun, lebih pilu, penyelia lelaki itu enggan memberi kerjasama dan memintanya untuk berhenti tanpa pertimbangan.

“(Kalau cuti) awak punya kerja macam mana? Siapa nak buat? Awak berhenti sahaja lah. Tak payah datang, aku tak nak kau lagi,” ujar penyelia terbabit.

Mengulas isu berkenaan, rata-rata ramai mengecam situasi itu termasuk meminta lelaki tersebut membuat aduan kepada pihak berkaitan.

“Dia ingat semua perempuan bersalin tepat ikut tarikh jangkaan yang doktor bagi ke?” ujar Adillah.

“Banyak kes boleh sabit. ‘Deny paternity leave’ (nafi cuti isteri bersalin). Lepas itu buang sahaja. Harap dia pergi Jabatan Tenaga Kerja. Kesian anak baru lahir,” kata Moon.

“Pergi pejabat buruh. Bukti kukuh dan boleh dapat kemenangan mudah. Mohon pampasan selama 36 bulan,” jelas Lukman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI