fbpx

Kenyataan Pas sokong Abdul Hadi sebagai Perdana Menteri palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin

PETALING JAYA – Kenyataan media yang menyatakan sokongan terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri adalah palsu.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

“Kenyataan media bertajuk ‘Sokongan Terhadap Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Marang Sebagai Perdana Menteri Malaysia’ adalah palsu dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak,” katanya.

Terdahulu, satu kenyataan media didakwa dikeluarkan oleh Takiyuddin tular di media sosial menjelaskan Pas diterima untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah esok.

Menurut kenyataan itu, ia didakwa bagi mempersembahkan surat akuan bersumpah melibatkan 115 Ahli Parlimen untuk memberi sokongan kepada Abdul Hadi sebagai Perdana Menteri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI