fbpx

Keluarga bergaduh besar kerana pengantin lelaki tak jadi kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota-anggota polis mengawal majlis perkahwinan selepas pengantin lelaki enggan berkahwin dengan pengantin perempuan di Dausa pada Isnin lalu. - Foto Odishatv.in

NEW DELHI –  Dalam kejadian mengejutkan, sebuah majlis perkahwinan di Dausa, negeri Rajasthan bertukar menjadi gelanggang pergaduhan keluarga selepas pengantin lelaki enggan mengahwini pengantin perempuan, lapor portal berita Odishatv hari ini.

Majlis perkahwinan pada Isnin lalu itu adalah antara seorang pemuda yang berasal dari kampung Jhuthaheda dan gadis dari kampung Nangal-Meena.

Pada hari perkahwinan mereka,  pengantin lelaki  tiba di rumah pengantin perempuan bersama keluarga dan rakan-rakannya dalam satu perarakan besar.

Keluarga pengantin perempuan menyambut rombongan pengantin lelaki, manakala majlis itu pada mulanya berjalan lancar.  Bagaimanapun, pengantin lelaki tiba-tiba menanggalkan serbannya dan enggan mengahwini pengantin perempuan.

Dia tetap bertegas dengan keputusannya yang membawa kepada pertengkaran besar.

Beberapa ahli keluarga pengantin perempuan dikatakan membelasah pengantin lelaki dan pakaiannya turut dikoyakkan. Sebilangan anggota-anggota polis kemudian tiba di lokasi kejadian dan berjaya mengawal keadaan.

Susulan pertemuan dengan pihak berkuasa, keluarga pengantin lelaki dan wanita memutuskan untuk tidak meneruskan perkahwinan mereka, manakala perbelanjaan  pengantin perempuan mengadakan majlis perkahwinan ditanggung oleh pihak lelaki. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI