fbpx

Sukan SEA Kemboja 2023: Kontinjen Malaysia sudah ‘settle down’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebilangan barisan atlet dan pegawai yang hadir pada majlis upacara menaikkan bendera kontinjen pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023 di Stadium Nasional, Morodok Techo hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

PHNOM PENH – Seramai hampir 300 atlet dan pegawai telah selamat berada di bumi Kemboja untuk mengharungi temasya Sukan SEA Kemboja 2023 yang akan membuka tirai rasmi bermula 5 hingga 17 Mei ini.

Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Sea Kemboja, Datuk Mohd. Nasir Ali mengakui semua berada dalam keadaan terkawal meskipun dengan isu berbangkit sudah pun diselesaikan oleh pihak penganjur.

“Hampir 300 atlet dan pegawai sudah pun berada di Kemboja dan kebanyakan mereka tinggal di perkampungan sukan selain sebahagian lagi ditempatkan di sekitar hotel Phnom Penh.

“Ada juga beberapa kumpulan atlet serta pegawai yang akan tiba hari ini (semalam) tetapi mereka akan terus terbang ke wilayah Siam Reap dan Sihanoukville kerana ada acara yang turut dilangsungkan di sana.

“Buat masa ini, semua berada dalam keadaan baik meskipun ada isu kecil tetapi perkara tersebut telah diatasi oleh pingak penganjur.

“Apa yang penting, pusat kesihatan sudah boleh digunakan untuk kegunaan atlet dan apa yang boleh saya katakan kami semua sudah settle down (bersedia penuh) untuk harungi temasya kali ini,” katanya.

Mohd. Nasir ditemui ketika Majlis Upacara Menaikkan Bendera sempena Sukan SEA Kemboja 2023 di perkarangan Stadium Nasional, Morodok Techo pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI