fbpx

Peniaga dicekup jual gula RM3.90 sekilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa KPDN merampas gula yang dijual melebihi harga kawalan di sebuah premis di Tanah Merah, Kelantan semalam. FOTO IHSAN KPDN

KOTA BHARU – Tindakan seorang peniaga yang menjual gula melebihi harga kawalan mengundang padah apabila dia ditahan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan dalam serbuan di sebuah premis di Tanah Merah dekat sini semalam.

Penahanan wanita berusia 40-an itu dilakukan selepas KPDN Kelantan menerima maklumat bahawa peniaga itu menjual sepeket gula melebihi harga kawalan.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, hasil siasatan mendapati, wanita berkenaan menjual gula putih bertapis pada harga RM3.90 sekilogram sekali gus melebihi harga kawalan oleh kerajaan iaitu RM2.85.

“Siasatan awal mendapati telah berlaku transaksi jualan semasa serbuan dibuat dan tindakan telah diambil. Sebanyak 51 kilogram gula pasir bertapis bernilai RM145.35 telah disita dalam serbuan itu dan pemeriksaan lanjut mendapati pemilik premis berkenaan didapati tidak mempunyai lesen untuk memiliki gula dalam amaun yang banyak,” katanya kepada pemberita semasa Majlis Ramah Mesra Aidilfitri KPDN Negeri Kelantan di sini hari ini,

Azman memberitahu, siasatan mendapati, bekalan gula itu diperoleh dari luar Kelantan yang dibeli persendirian oleh peniaga berkenaan untuk dijual kepada rakan-rakan terdekat.

Katanya, bagaimanapun, wanita berkenaan melakukan kesilapan dengan menjual gula melebihi daripada harga ditetapkan oleh kerajaan.

Azman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 kerana menjual gula pasir kasar melebihi harga kawalan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI