fbpx
Sukarelawan dan polis berusaha menurunkan motosikal tersebut. - TikTok

Motosikal alami kegagalan brek tersangkut atas pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi sebuah motosikal tersangkut pada pokok selepas terbabas kerana mengalami kegagalan brek di jalan berbukit, lapor laman berita Liputan 6 semalam. 

Video kejadian yang berlaku di Pacet, Mojokerto itu dimuat naik dalam akaun TikTok @tukangmaidoakhir_zaman. 

Motosikal itu dinaiki oleh dua penduduk semasa menuruni sebatang jalan berbukit ketika mereka sedang bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri.

Kedua-dua mangsa dikatakan tercampak ke arah benteng manakala motosikal yang dipandu tersangkut pada ketinggian 3 meter.

Beberapa sukarelawan dan anggota polis dari Balai Polis Mojokerto kemudian bekerjasama menurunkan motosikal automatik itu.

Kedua-dua mangsa dilaporkan cedera. Mereka dibawa ke Hospital Sumberglagah untuk mendapatkan rawatan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI