fbpx

Kes kemalangan maut di P. Pinang menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shuhaily ketika hadir pada Program walkabout di Pasar Awam Jelutong, Pulau Pinang hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

GEORGE TOWN – Jumlah kemalangan maut yang dicatatkan menerusi Ops Selamat 20 di Pulau Pinang sempena perayaan Aidilfitri tahun ini merekodkan penurunan sebanyak 67 peratus.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, jumlh tersebut melibatkan tiga kes kemalangan maut berbanding sembilan kes pada tahun lalu.

“Laporan kes kemalangan yang dicatatkan sepanjang Ops Selamat di Pulau Pinang adalah 1,030 kes berbanding 1,001 kes tahun lalu.

“Sepanjang Ops Selamat 20 ini juga, sebanyak 4,570 saman dikeluarkan berbanding 15,603 saman pada tahun lalu, iaitu penurunan sebanyak 71 peratus,” katanya selepas sesi walkabout pencegahan jenayah di pasar awam Jelutong, di sini hari ini. Turut hadir ialah Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.

Dalam pada itu, Mohd. Shuhaily berkata, polis Pulau Pinang melaksanakan tindakan penguatkuasaan trafik secara menyeluruh bagi membendung salah laku di jalan raya di negeri ini mulai kelmarin.

Menurutnya, penguatkuasaan itu membabitkan semua undang-undang dan peraturan asas jalan raya yang sering diabaikan pengguna.

Beliau memberitahu, pihak polis menjalankan lima fasa penguatkuasaan trafik bermula awal tahun ini bagi memberi kesedaran kepada orang ramai untuk lebih mematuhi undang-undang ketika berada di jalan raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI