fbpx

Johan Asa’ari bakal nikahi usahawan harumanis, doktor falsafah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOHAN AS'ARI

PETALING JAYA – Bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi, pelakon Johan Asa’ari mendedahkan calon isterinya merupakan merupakan seorang usahawan yang sedang menjalankan perniagaan Harumanis di Perlis.

Menurut Johan atau nama lengkapnya Johan Ariff As’ari, wanita yang digerlar sebagai ‘N’ itu juga merupakan seorang pemegang ijazah Doktor Falsafah (PhD) berkelulusan sebuah universiti di London.

“Dia seorang lepasan berkelulusan doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains politik semasa menyambung pelajaran di London.

“Apabila sudah balik ke Malaysia, dia fikir bagaimana untuk meluaskan impiannya menjadi usahawan, jadi dia tanam Harumanis.

“Ada juga beberapa pekerjaan lain yang diceburi seperti menjadi Ahli Lembaga Pengarah (BOD) kerana dia belajar tinggi,” katanya kepada Kosmo! Online selepas malam gala filem Tujuh Dua Belas di sini semalam.

Berkongsi lanjut mengenai hari bahagia yang bakal tiba, pelakon filem Juvana itu memberitahu persiapan perkahwinannya sudah mencapai 90 peratus.

“Tahun ini memang saya sasarkan untuk menamatkan zaman bujang saya dan akan kongsi kepada umum kemudian.

“Setakat ini persiapan perkahwinan sudah 90 peratus dan saya juga mula berjumpa dengan orang tertentu yang berkaitan majlis,” ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita mengenai cara mereka mengekalkan keharmonian dalam hubungan percintaan, Johan memberitahu dia dan bakal isteri mengamalkan prinsip tidak mengambil kisah dengan perkara yang berlaku di sekeliling.

“Kami sudah berkenalan selama lima tahun dan melalui percintaan jarak jauh kerana pada peringat awal dahulu dia menetap di London, United Kingdom sebelum tinggal di Perlis selepas pandemik lalu.

“Dia berjaya menambat hati saya dengan sikapnya yang suka suka memberi sokongan,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Johan mendedahkan bakal menamatkan zaman bujang pada hujung tahun ini dengan seorang usahawan yang dikatakan lebih berusia sedikit daripadanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI