fbpx

Harga RON95, RON97 kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Harga runcit bagi petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter selain harga RON97 juga dilaporkan pada paras sama iaitu RM3.45 seliter bagi tempoh 4 hingga 10 Mei depan.

Kementerian Kewangan berkata, pengekalan harga bagi tempoh berkenaan turut melibatkan harga diesel apabila kekal pada paras RM2.15 seliter.

Katanya, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan itu dibuat menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

“Ia dikekalkan meskipun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini tadi.

Katanya, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI