fbpx

Ganjaran RM4,459 untuk kesan babak kemalangan dalam 10 filem Fast & Furious

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu babak kemalangan yang terdapat dalam filem The Fast and The Furious. - Foto Universal Studio

LOS ANGELES, California – Sebuah laman web kewangan menawarkan ganjaran sebanyak AS$1,000 (RM4,459) kepada sesiapa yang menonton kesemua 10 siri filem Fast & Furious dan berjaya mengesan semua babak kemalangan kereta dalam francais tersebut, lapor agensi berita United Press International semalam.

Laman web itu, FinanceBuzz mengumumkan bahawa ia sedang mencari ‘penyelaras tuntutan cepat’ untuk menonton semua filem dalam francais tersebut termasuk Fast X yang akan ditayangkan serta menjejaki kerosakan akibat semua kemalangan kereta yang dipaparkan pada skrin.

Calon yang terpilih akan diminta untuk mencatatkan sebarang babak kemalangan kereta yang mengakibatkan kerosakan, termasuk mengira bilangan kemalangan, tahap kerosakan dan kereta yang terlibat.

Laman web itu menyatakan bahawa ia akan menggunakan data untuk menganggarkan kesan insurans daripada pemanduan melulu dalam filem itu.

Calon yang terpilih akan dibayar AS$1,000 untuk usaha mereka dan AS$100 (RM445.90) untuk menampung kos penstriman sembilan filem Fast & Furious dan menonton Fast X di pawagam.

Permohonan sedang diterima di laman web tersebut sehingga 19 Mei depan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI