fbpx

Boleh perbaharui lesen memandu sehingga maksima 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke bercakap dalam sidang akhbar berkenaan Insentif Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia di Kementerian Pengankutan, Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini mengumumkan inisiatif baharu membabitkan pembaharuan lesen memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh maksima sehingga 10 tahun berbanding lima tahun dengan kadar fi pembaharuan istimewa.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, mana-mana pemegang LMM yang memperbaharuinya untuk tempoh 10 tahun hanya akan dikenakan bayaran RM270 berbanding fi kadar semasa iaitu RM30 bagi tempoh setahun.

“Bagi orang ramai yang berminat, mereka hendaklah memastikan baki tempoh sah laku LMM semasa adalah tidak melebihi satu tahun dan orang ramai juga akan dibenarkan memperbaharui LMM antara satu sehingga 10 tahun mengikut pilihan masing-masing, tertakluk kepada had maksima 10 tahun.

“Namun, hanya pembaharuan 10 tahun sekaligus sahaja akan menikmati keistimewaan fi percuma untuk tahun kesepuluh,” katanya menerusi sidang media di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI