fbpx

Affin, Maybank naikkan kadar asas pinjaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peminjam bank terpaksa mencari alternatif untuk menambah sumber pendapatan bagi menampung perbelanjaan untuk kadar pinjaman yang bertambah. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Susulan pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini berhubung kenaikan kadar dasar semalam (OPR) daripada 2.75 peratus kepada tiga peratus, Affin Bank Berhad, Affin Islamic Bank Berhad dan Affin Hwang Investment Berhad akan menaikkan kadar rujukan mereka sebanyak 25 mata asas (0.25%) berkuatkuasa 8 Mei ini.

Selari dengan perubahan tersebut, Kadar Deposit Tetap Affin Bank dan Kadar Deposit-i Berjangka Affin Islamic juga akan turut dinaikkan berkuatkuasa tarikh tersebut.

Selain itu, dalam kenyataan berasingan, Maybank akan melaras naik Kadar Asas Standard (SBR), Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) sebanyak 25 mata asas berkuatkuasa 8 Mei ini.

Kadar Asas Standard dan Kadar Asas Maybank akan dinaikkan daripada 2.75 peratus p.a. kepada tiga  peratus p.a. manakala Kadar Pinjaman Asas akan dilaras daripada 6.40 peratus p.a kepada 6.65 peratus p.a. 

Begitu juga, Kadar Asas Standard Islam dan Kadar Asas Islam akan dinaikkan sebanyak 25 mata asas daripada 2.75 peratus p.a. kepada 3.00 peratus  p.a. masing- masing manakala Kadar Pembiayaan Asas Islamic akan dinaikkan daripada 6.40 peratus p.a kepada 6.65 peratus p.a.

Sehubungan dengan penyelarasan itu juga, kadar deposit tetap Maybank dan Maybank Islamic juga akan diselaras naik berkuat kuasa 8 Mei ini.

Semakan terakhir dalam Kadar Asas Maybank adalah pada 7 November 2022 apabila ia dinaikkan daripada 2.50 peratus p.a. kepada 2.75 peratus p.a. berikutan kenaikan OPR dengan kuantum yang sama. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI