fbpx

[VIDEO] 7kg emas bernilai RM1.8 juta di Kuala Pilah dilarikan penyamun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noorhasliza menunjukkan rakaman CCTV kejadian emas pembekal dilarikan penyamun di belakang lorong kedai Nur Jannah, di Pekan Kuala Pilah, Negeri Sembilan ketika ditemui pemberita, hari ini. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/ KOSMO!

KUALA PILAH – Dua pekerja pembekal emas bagi sebuah kedai emas di Pekan Kuala Pilah trauma apabila 7 kilogram (kg) emas dilarikan dua lelaki bertopeng dalam kejadian samun di lorong belakang sebuah kedai emas, di sini hari ini.

Dalam kenyataan dan hebahan yang tular dalam kejadian pada pukul 11.37 pagi tadi, dua individu bertopeng dan bersenjatakan parang melarikan emas dianggarkan bernilai RM1.8 juta.

Perompak menaiki dua kereta jenis kereta Toyota Altis dan Toyota Camry sebelum melarikan diri sebaik melakukan samun.

Video kejadian itu tular di media sosial dan polis masih menjalankan siasatan selain giat memburu individu berkenaan.

Sementara itu, Pengurus Kedai Emas Nur Jannah Kuala Pilah, Noorhasliza Abd Rahman berkata, mereka mengetahui kejadian berkenaan sebaik dimaklumkan dua kakitangan pembekal yang terus ke kedai mereka selepas disamun.

Menurutnya, kejadian berlaku di lorong belakang serta parkir kedai dan bukanlah berlaku di dalam premis Nur Jannah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superintendan Syahrul Anuar Abd. Wahab ketika dihubungi menyatakan kenyataan media berhubung kejadian berkenaan akan diberikan selepas ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI