fbpx

‘Saya bukan ahli, bagaimana jadi calon PN?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh.

SHAH ALAM – Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar menafikan sekerasnya laporan bahawa beliau menjadi calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor akan datang.

Tegas bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu, wujud kekeliruan mengenai kenyataan beliau yang disalah tafsir beberapa portal berita tempatan.

“Saya ingin jelaskan bahawa untuk menjadi calon mana-mana parti, hanya pimpinan parti akan menentukan siapa yang layak menjadi calon.

“Sehingga kini, saya belum menjadi ahli mana-mana parti politik dalam PN. Maka, adalah tidak betul kalau mengatakan saya akan menjadi calon PRN  nanti,” katanya hari ini.

Kelmarin, media itu melaporkan Noh mengesahkan akan bertanding di Selangor di bawah tiket PN pada PRN Selangor.

Pada Januari lalu, MKT UMNO memutuskan menggantung keahlian Noh selama enam tahun, namun bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor itu meminta untuk dipecat.

Permintaan untuk dipecat itu dipersetujui olehnPresiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI