fbpx

Fahmi ucap takziah, Penolong Pengarah RTM maut kemalangan di Lipis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan yang melibatkan Zubairy di Jalan Kuala Lipis-Benta petang tadi.

PETALING JAYA – Menteri Momunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyampai ucapan takziah beliau terhadap pemergian Penolong Pengarah Unit Saluran Berita RTM, Allahyarham Mohd. Zubairy Abdullah.

Jelas Fahmi, Allahyarham meninggal dalam kemalangan di Jalan Lipis-Benta menghala ke Kuala Lumpur.

“Amat sedih mendapat khabar pemergian Allahyarham Mohd Zubairy Abdullah, Penolong Pengarah Unit Saluran Berita RTM.

“Saya doakan segala dosa Allahyarham diampuni, dan rohnya nanti ditempatkan di kalangan para solehin.

“Takziah buat keluarga dan kenalan Allahyarham, Al-Fatihah,” tulisnya di Facebook sebentar tadi.

Terdahulu, Mohd. Zubairy dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Lipis- Benta petang tadi.

Bagaimanapun seorang anak Allahyarham yang bersamanya dilaporkan selamat.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI