fbpx

Budak meninggal dunia bukan kerana strok haba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIRIEL SYAHREN (duduk paling kanan) disahkan meninggal dunia oleh doktor akibat ‘septic shock secondary to meningoencephalitis’ di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, semalam.

KLUANG – Kes kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di daerah ini tiada kaitan dengan strok haba.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr. Mohtar Pungut @ Ahmad berkata, kanak-kanak tersebut telah dimasukkan ke wad kerana sawan selepas mengalami demam panas sehari sebelum dan mempunyai gejala batuk selama tiga hari.

“Terlebih dahulu pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

“Adalah dimaklumkan siasatan yang telah dijalankan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang mendapati bahawa kematian telah disahkan sebagai Septic Shock secondary to Meningoencephalitis, dan tiada kaitan dengan Strok Haba seperti dilaporkan dalam media,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut beliau, JKNJ memohon kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di daerah ini meninggal dunia kira-kira 7 pagi semalam disyaki mengalami simptom strok haba.

Bapanya, Syahrol Azmi Mohd Hekak, 42, berkata, anak keduanya Airiel Syahren Syahrol, 12, disahkan meninggal dunia oleh doktor akibat ‘septic shock secondary to meningoencephalitis’ di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI