fbpx

Anwar terima Anugerah Bintang Semangat Padi Emas Pengakap Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri ketika dikalungkan Anugerah Bintang Semangat Padi Emas hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah menerima anugerah tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia iaitu Anugerah Bintang Semangat Padi Emas.

Perdana Menteri melalui hantaran di Facebooknya sebentar tadi berkata, anugerah tersebut merupakan anugerah tertinggi dalam Persekutuan Pengakap Malaysia dan hanya diberikan dalam kalangan pemimpin negara serta negeri.

“Alhamdulillah, Persekutuan Pengakap Malaysia turut berbesar hati menganugerahkan Anugerah Bintang Semangat Padi Emas.

“Saya mendoakan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada Persekutuan Pengakap Malaysia. Mudah-mudahan terus memberi sumbangan membina nilai murni kepada anak bangsa Malaysia,” jelas beliau.

Terdahulu, Anwar telah menerima kunjungan daripada delegasi Persekutuan Pengakap Malaysia yang diketuai oleh Mejar Jeneral (B) Prof Datuk Dr. Mohd; Zin Bidin.

Menerusi pertemuan tersebut juga, Perdana Menteri telah diisytiharkan sebagai Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI