fbpx

Seorang maut, 6 cedera Proton Exora terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN MPV Proton Exora yang terlibat kemalangan sehingga meragut nyawa seorang lelaki di Lebuh Raya Senai-Desaru, berhampiran Pasir Gudang, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut manakala enam lagi cedera apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 43.2 Lebuh Raya Senai-Desaru, di sini, semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Subri Md Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada pukul 4.24 petang.

Beliau berkata, kemalangan berlaku semasa MPV Proton Exora dinaiki sembilan orang itu dari arah Cahaya Baru ke Bandar Penawar, Kota Tinggi.

“Apabila kenderaan berkenaan tiba di lokasi kejadian, ia dipercayai hilang kawalan dan terbabas di tepi jalan sebelum terbalik. Kemalangan itu menyebabkan seorang mangsa, PR Rajeshwaran, 33, tersepit di bahagian bawah kereta.

“Pihak bomba mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan khas dan mangsa berjaya dikeluarkan namun disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd.Subri berkata, dalam kejadian itu juga, seorang lelaki dan lima perempuan dewasa berusia antara 15 sehingga 53 tahun cedera manakala dua lagi mangsa termasuk seorang kanak-kanak lelaki tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, pihak bomba tidak dapat mengenal pasti hubungan mangsa kerana tiga daripada mereka  tidak membawa kad pengenalan semasa kejadian.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI