fbpx

Lelaki maut terjatuh tingkat 16 kondominium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki tempatan yang ditemui maut di tingkat tiga sebuah kondominium di Setapak, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan yang juga penghidap sakit mental ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Setapak, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima satu maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat seorang lelaki berusia 40 tahun, pada pukul 2.45 petang tadi.

“Siasatan dijalankan di tempat kejadian mendapati mangsa telah terbaring dalam keadaan terlengkup atas besi ‘awning’ sebuah rumah, di tingkat tiga, bangunan yang sama.

“Lelaki tersebut ditemui hanya memakai seluar pendek dan tidak berbaju. Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati mangsa telah terjun dari tingkat 16 kondominium tersebut.

Tambah Ashari, semasa kejadian tiada saksi bebas yang melihat dan saksi hanya ada mendengar bunyi dentuman yang kuat.

“Apabila saksi melihat ke bawah mendapati mangsa sudah terbaring di tingkat tiga,” katanya.

Ashari memberitahu, mangsa merupakan pesakit mental dan tinggal bersama dengan adik perempuan dan seorang lelaki tempatan.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta untuk tampil membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI