fbpx

Kucing cedera getah tersekat di leher

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar getah yang berada di leher kucing malang berkenaan.

PETALING JAYA – Seorang pemuda berjaya menyelamatkan seekor kucing yang cedera teruk di bahagian leher selepas getah tersekat di situ.

Melalui satu klip video yang dikongsi Shah Idlan di akaun TikTok miliknya memaparkan, haiwan itu terbaring lemah sambil dia dan rakannya cuba memotong getah di leher kucing tersebut.

Shah Idlan menerusi ruangan kapsyen berkata, dia mula perasan kucing tersebut bersikap aneh apabila haiwan tersebut seperti menghantar isyarat dirinya dalam kesakitan.

“Dari awal kami dah perasan, dia ni macam pelik saja. Macam dia nak cakaplah dia ni sakit,” katanya.

Shah Idlan kemudian tergerak hati untuk memeriksa keadaan kucing tersebut, namun terkejut melihat getah yang berada di leher kucing itu sehingga menembusi sedikit daging.

“Allah gerakkan hati untuk tengok. Sekali tengok, Allahurabbi, ada getah dekat leher,” ujarnya.

Tambahnya, dia menasihati orang ramai supaya menghentikan penganiayaan terhadap haiwan.

“Mohon maaf, mohon ampun. Dah-dahlah berbuat zalim dekat makhluk Allah yang cantik ini. Apa dosa dia sampai kena dera macam ni?” katanya.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata sedih melihat keadaan kucing berkenaan dan mencela perbuatan pelaku itu.

“Siapa yang tergamak buat kucing macam tu. Mujur tak putus leher kucing itu,” kata Dex Aisy.

“Allahuakhbar, siapa yang kejam sangat ni. Apalah yang si bulus ni buat. Sampainya hati manusia,” ujar Noniefairus.

Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih 100,000 tontonan dan 5,427 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI