fbpx

Keluarga Hattan terima ugutan bunuh, sihir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isteri Hattan, Ariani mendedahkan ada pihak cuba menakut-nakutkan keluarganya dengan ugutan bunuh dan santau.

PETALING JAYA – Tidak cukup dihina, dicaci dengan pelbagai kata-kata keji, paling teruk keluarga penyanyi senior Datuk Hattan turut menerima ugutan bunuh dan sihir rentetan isu ‘sekolahkan’ pembaca berita dalam satu temu bual stesen televisyen, baru-baru ini.

Perkara tersebut didedahkan isteri penyanyi lagu Rendang Tak Berbuah itu iaitu Datin Arianie Abidin menerusi Instastory. Sebagai isteri, apa sahaja baik buruk suaminya, Ariani tetap akan berada di belakang lelaki itu.

“Takpalah, biar saya simpan cerita sebenar. Hanya keluarga dan saya sahaja yang kenal dia (Hattan).

“Menitik air mata bila baca komen-komen. Tapi, sebagai seorang isteri, saya kena kuat dan akan sentiasa berada di belakang suami. Baik buruk dia, saya sahaja yang tahu sebab dia suami saya.

“Ambil iktibar. Tiada siapa yang sempurna,. Setiap manusia ada melakukan kesilapan. Jangan kita berkata-kata sampai menimbulkan fitnah. Takut yang dianggap salah dapat pahala, kita pula dapat dosa,” coretnya.

Menerusi untaian hantaran dalam Instastory, Arianie berkongsi tangkap layar direct message (DM) daripada orang ramai yang antaranya mengugut bunuh dan menghantar sihir kepada dirinya sekeluarga.

Dalam luahannya, Ariani yang bertindak selaku pengendali akaun Istagram Hattan menjelaskan tujuannya meletakkan mood ‘privasi’ akaun berkenaan bagi mengelakkan orang ramai menambah dosa dengan terus menulis kecaman demi kecaman dalam ruangan komen.

Terdahulu, ramai rakyat Malaysia berang apabila penghibur yang hampir empat dekad dalam industri muzik itu didakwa memalukan pembaca berita wanita yang bertanyakan soalan mengenai Allahyarham Mael XPDC.

Memulakan temu bual dengan menyatakan lirik lagu XPDC ‘makan dalam’, Hattan membetulkan kenyataan petugas media itu bahawa lagu-lagu XPDC bukan tulis Mael sebaliknya seorang komposer yang juga telah meninggal dunia.

Dilihat tidak memberi ruang untuk wanita tersebut bersuara, Hattan bertanyakan pula siapa pencipta lagu XPDC yang kemudian gagal dijawab dengan betul.

Begitupun, personaliti televisyen terbabit tampak profesional berdepan situasi tidak dijangkakan itu apabila tetap mengucapkan terima kasih atas perkongsian diberikan.

Namun, sekali lagi figura popular asal Negeri Sembilan itu membuat kejutan apabila terus meletakkan telefon belum pun sempat temu bual berkenaan tamat.

Temu bual secara langsung itu terus tular dalam pelbagai platform media sosial, sekali gus mencetuskan suasana kecam-mengecam dalam kalangan umum.

Rata-rata menegaskan sikap sedemikian tidak setara dengan gelaran serta usianya selaku individu dihormati yang sepatutnya menunjukkan teladan kepada generasi muda.

Malah tidak kurang dalam kalangan netizen menggesa penyanyi berumur 58 tahun itu mengakui kesilapan selain meminta maaf secara terbuka kepada personaliti televisyen terbabit.

Gesaan permohonan maaf turut datang daripada Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI