fbpx

Warga Australia berdepan sebatan kerana mengamuk, mabuk, berbogel di Aceh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Risby-Jones mungkin disebat selepas mengamuk dalam keadaan mabuk dan bogel di Aceh baru-baru ini. - ABC

BANDA ACEH – Seorang pelancong Australia yang berdepan hukuman sebatan selepas mengamuk dalam keadaan mabuk dan berbogel di sebuah kampung dalam wilayah Acheh mendakwa dia berasa hampir dirasuk ketika itu, lapor agensi berita United Press International (UPI).

Bodhi Mani Risby-Jones, 23, dari Noosa, ditahan Khamis lalu di Pulau Simeulue di luar pantai Sumatera di Indonesia.

Risby-Jones didakwa berlari dalam keadaan bogel melalui sebuah kampung berhampiran Lantik Moon Beach Resort dengan mengejar dan memukul penduduk tempatan. 

Dia juga didakwa telah mencederakan nelayan tempatan, Edi Ron dengan menolak sebuah motosikal ke arah mangsa, menyebabkan lelaki tersebut menerima 50 jahitan dan mengalami patah tulang.

Isteri Edi, Eri Saljuana melaporkan Risby-Jones kepada polis dan dia mengugut mahu membakar resort itu.

“Kepada semua yang telah saya kasari dan sakitkan hati, saya benar-benar minta maaf, mohon maafkan saya,” kata Risby-Jones dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh keluarganya. – Agensi

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI