fbpx

Tak senang tengok Meerqeen, Zahirah bersama Gal Gadot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon popular Meerqeen dan Zahirah tidak melepaskan merakam kenangan bersama bintang Wonder Woman, Gal Gadot ketika berpeluang menghadiri sebuah majlis yang turut dihadiri ramai bintang terkemuka seluruh dunia di Amerika Syarikat baru-baru ini.

BERTUAH sungguh dua selebriti tanah air iaitu Zahirah Macwilson dan Meerqeen apabila berpeluang hadir ke sebuah acara di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Mana tidaknya, acara tersebut turut dihadiri artis ternama antarabangsa seperti Gal Gadot.

Meerqeen dan Zahirah pun tidak melepaskan peluang merakam memori bergambar bersama pelakon filem Wonder Woman itu.

Di sebalik keterujaan tersebut, ada pula pihak yang kurang senang dengan foto dikongsi oleh dua pelakon berkenaan.

Bagi mereka, tidak sesuai berkongsi foto dengan pelakon kelahiran Israel yang sememangnya menindas umat Islam di negara mereka.

“Tak perlu bergambar dengan Gal Gadot sebab dia Israel. Semasa Palestin diserang dengan Israel, dia sangat menyokong,” komen netizen.

Namun tidak kurang juga ada yang berpendapat wajah Zahirah dan Gal Gadot seperti adik-beradik.

Apa pun, terpulang kepada penilaian setiap individu. Jika berani nak hadap kecaman, kongsi sahaja kepada umum tolak ke tepi isu lain.

DIVA: Amir Ahnaf menyelam dalam laut pun ramai peminat wanita cair. Lain macam peminat sekarang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI