fbpx

Kanak-kanak 4 tahun mati disyaki didera ibu, bapa tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Polis menahan sepasang suami isteri yang disyaki mendera anak lelaki mereka sehingga mati di kediaman mereka di Jalan Aman, Skudai, sini semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia empat tahun disahkan meninggal dunia pada pukul 8.20 pagi selepas dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, bagi mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, susulan kematian kanak-kanak itu, pihaknya membuat tangkapan terhadap ibu kandung mangsa serta suaminya yang berusia 20-an di kediaman mereka.

“Hasil siasatan mendapati kanak-kanak lelaki itu maut dengan kesan kecederaan di bahagian kepala, belakang telinga, perut dan kaki.

“Ibu kandung mangsa serta suaminya mengaku terlibat dalam kes tersebut ditangkap. Kita percaya mereka mendera mangsa dengan menggunakan tangan dan penyangkut baju,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, polis turut merampas telefon bimbit milik mangsa dan beberapa peralatan lain yang dipercayai digunakan untuk mendera suspek.

Rahmat berkata, hasil pemeriksaan mendapati bapa tiri kepada mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan mempunyai satu rekod jenayah lampau melibatkan kes jenayah.

“Sementara itu, ibu kandung mangsa tidak bekerja dan sedang hamil dua bulan selain mempunyai seorang anak lelaki berusia enam bulan.

“Kedua-dua suspek telah direman di Mahkamah Johor Bahru dan tempoh reman bagi suspek lelaki selama tujuh hari bermula hari ini hingga Jumaat ini manakala suspek wanita direman selama dua hari sehingga esok,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan masih dalam siasatan untuk mengesan saksi dan bukti-bukti lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI