fbpx

30,000 hadir sambutan Aidilfitri MB, Kerajaan Negeri Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shukri menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir majlis Aidilfitri di Dewan 2020, Kangar hari ini.

KANGAR – Kira-kira 30,000 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Aidilfitri Menteri Besar Perlis dan kerajaan negeri yang diadakan dalam suasana cukup harmoni di sini hari ini.

Lebih menarik, sebanyak 36 agensi kerajaan negeri dan Persekutuan turut sama mendirikan reruai dan menyediakan juadah istimewa buat rakyat Perlis yang hadir.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenaan berangkat ke majlis tersebut.

Kehadiran baginda berdua menyerikan lagi majlis yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Azman Yusof dan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.

Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli berkata, pihaknya sangat teruja dengan komitmen hebat daripada semua pihak terlibat menjayakan majlis tersebut.

“Saya ucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua agensi kerajaan negeri dan Persekutuan yang sejak beberapa hari lepas telah turun padang untuk persiapan majlis ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI