fbpx

PRN: BN tak benar parti komponen bincang kerusi berasingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZAHID menerima cenderamata dari Datuk Ahmad Maslan sempena Rumah Terbuka Hari Raya Parlimen Pontian UMNO Johor di Benut, Pontian hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

PONTIAN – Barisan Nasional (BN) tidak membenarkan parti komponennya mengadakan perbincangan secara berasingan yang melibatkan pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbincangan itu hanya melibatkan BN dan Pakatan Harapan (PH) di peringkat negeri-negeri berkenaan.

“Maka, sebarang perbincangan hendaklah melibatkan dua parti gabungan kita, iaitu BN dan PH.

“Dan semua keputusan yang dibuat dalam perbincangan di enam negeri ini akan dibawa ke peringkat tertinggi di mana kita akan terus bincangkan tentang kerusi-kerusi yang sesuai untuk ditandingi.

“Insya-Allah apabila kita mula lalukan perbincangan, kita akan cari jalan yang terbaik untuk beroleh kemenangan di kerusi-kerusi di enam negeri itu,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Pontian dengan kerjasama Badan Perhubungan UMNO Johor di Kompleks Muafakat Benut, dekat sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO menegaskan, pelbagai formula akan digunakan bagi menyelesaikan pembahagian kerusi berkenaan.

“Apabila kedua-dua pihak telah bersetuju, kita akan cari jalan penyelesaian yang akan dimuktamad dan terbaik,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI