fbpx

Mangsa buli jalan raya di PD diminta tampil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar sebuah video tular memaparkan aksi buli jalanan menunjukkan sebuah kereta berwarna putih menghalang sebuah kenderaan lain dalam kejadian dipercayai berlaku di Kilometer 20.9 dari Telok Kemang, di sini menghala ke Seremban.

PORT DICKSON – Polis meminta mangsa buli jalan raya supaya tampil membuat laporan selepas video yang menunjukkan sebuah kereta berwarna putih menghalang sebuah kenderaan lain di Kilometer 20.9 dari Telok Kemang, di sini menghala ke Seremban tular di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superitendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, hari ini telah tular sebuah video berdurasi 10 saat tersebut memaparkan aksi buli jalanan melalui aplikasi Facebook oleh pemilik akaun ‘azamaziz’ .

“Siasatan awal berdasarkan video tersebut, kejadian berlaku antara pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari semalam.

“Kejadian dipercayai berlaku di Kilometer 20.9 dari Telok Kemang menghala ke Seremban di bawah daerah Port Dickson,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Muhamad Mustafah, sehubungan itu, pihak polis memohon kepada pemilik akaun Facebook, pemandu dan penumpang kedua-dua buah kenderaan yang terlibat dengan kejadian tersebut termasuk saksi yang melihat kejadian supaya hadir ke Balai Polis Trafik Port Dickson bagi membantu siasatan.

“Pihak polis akan menjalankan siasatan dari semua sudut bagi mengenal pasti motif kejadian yang berlaku.

“Pihak polis juga meminta orang awam supaya tidak mengeluarkan spekulasi sendiri terhadap kejadian berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, sebarang maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspekyor SyakinahAhmad di talian 06-6472222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI