fbpx

Liga Super: Kesilapan individu sekat hasrat Kuching City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kuching City hanya mengutip empat mata daripada 10 perlawanan Liga Super musim ini. - Foto ihsan MFL

GEORGE TOWN – Kesilapan mudah yang dilakukan oleh seorang penjaga gol berpengalaman seperti Norazlan Razali tidak sepatutnya berlaku ketika pasukan masih bergelut dalam saingan Liga Super.

Itu rumusan daripada Penolong ketua jurulatih Kuching City FC, Sulaiman Hussin selepas menyaksikan kesebelasan anak buahnya kecundang buat kali kelapan daripada 10 perlawanan Liga Super setakat ini.

Menurut Sulaiman, kesilapan penjaga gol berusia 38 tahun itu telah membuka peluang kepada Penang FC untuk bangkit daripada ketinggalan satu gol sebelum menamatkan saingan dengan kemenangan tipis 2-1 semalam.

“Seharusnya, kesilapan-kesilapan ini kita elakkan pada masa depan. Apapun, bagi saya, pemain-pemain telah memberikan (persembahan) yang terbaik.

“Cuma, persembahan yang baik itu tidak cukup untuk membolehkan kita menang atau sekurang-kurangnya meraih satu mata malam ini (kelmarin),” katanya pada sidang akhbar malam tadi.

Dalam pada itu, Sulaiman mengakui bahawa jentera serangan The Cats masih tumpul apabila hanya mampu meledak lima gol setakat ini.

“Saya percaya kita boleh bangkit jika tumpu bahagian ini (serangan) untuk diperbaiki. Tapi, buat masa ini, saya mahu beri peluang kepada pemain-pemain saya untuk berehat dahulu.

“Selepas itu, barulah kita fokus semula kerana lawan yang menanti kita selepas ini ialah JDT (Johor Darul Ta’zim),” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI