fbpx

Lelaki cedera ditembak di bangsal rupanya sedang berjudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota forensik menjalankan siasatan di sebuah bangsal di Kampung Tepus, Pauh Lima di Bachok petang semalam. - Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI/ KOSMO!

BACHOK – Seorang lelaki yang cedera pada kaki selepas terkena satu das tembakan di Kampung Tepus, Pauh Lima di sini semalam dipercayai sedang berjudi berhampiran sebuah bangsal di kampung tersebut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, polis menerima laporan berhubung kes tersebut kira-kira pukul 1.20 tengah hari hingga 2 petang semalam.

Menurutnya, sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Bachok kemudiannya menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati, mangsa yang berusia 27 tahun dan dua rakannya datang ke kawasan tali air di Kampung Tepus untuk berjudi.

“Seorang suspek dan tiga lagi lelaki yang masih bebas datang ke kawasan tersebut dipercayai untuk menyamun hasil perniagaan mangsa dan perjudian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, semakan mendapati, mangsa dan dua suspek yang berusia dalam lingkungan 23 hingga 28 tahun itu mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah dan jenayah.

Menurutnya, mangsa dan kesemua suspek yang terlibat dalam kes itu dipercayai mengenali antara satu sama lain.

“Ujian saringan air kencing mendapati salah seorang daripada yang ditahan positif dadah jenis methamphetamine.

“Suspek pertama pada awalnya cuba mengelirukan pihak polis dengan membuat laporan palsu, namun tindakannya itu disedari pihak polis,” katanya.

Menurut Muhamad Zaki, polis sedang giat mengesan tigalagi  suspek yang masih bebas dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Kosmo! Online semalam melaporkan, seorang lelaki cedera pada bahagian kaki selepas dipercayai terkena satu das tembakan semasa berada berhampiran sebuah bangsal di Kampung Tepus, Pauh Lima. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI