fbpx

JPJ Terengganu keluar 1,234 kompaun trafik musim Aidifitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkarnain (dua, kanan) memeriksa salah sebuah kenderaan pada Op HRA di Gong Badak, Kuala Nerus semalam.

KUALA NERUS – Sebanyak 1,234 kompaun kesalahan trafik dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu sepanjang Op. Hari Raya Aidilfitri (HRA) selama 10 hari sehingga semalam.

Pengarah JPJ negeri, Zulkarnain Yasin berkata, ia peningkatan berbanding 1,040 kompaun berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Beliau berkata, kompaun atas pelbagai kesalahan itu dikeluarkan hasil pemeriksaan ke atas 5,606 buah kenderaan sepanjang tempoh tersebut.

“Antara kesalahan tertinggi dikesan ialah lesen memandu atau cukai jalan tamat tempoh sebanyak 323 kes diikuti tiada lesen memandu (313).

“Selain itu, sebanyak 281 kesalahan tiada perlindungan insurans, cermin gelap (115), kesalahan membabitkan nombor pendaftaran (108) dan tidak memakai topi keledar (78),” katanya ketika meninjau Op HRA di Gong Badak di sini malam tadi.

Zulkarnain berkata, lain-lain kesalahan seperti memotong di garisan berkembar, melanggar lampu isyarat merah, menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu serta membawa muatan berbahaya juga direkodkan.

Dalam pada itu, beliau menegaskan pihaknya memandang serius kesalahan membabitkan nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mematuhi spesifikasi JPJ.

“Lazimnya pemilik ingin bergaya dengan plat ‘fancy’ ketika beraya dan bagi kesalahan itu, kompaun maksimum RM300 akan dikeluarkan atau RM2,000 jika dibicarakan di mahkamah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI