fbpx

Bapa ditahan rogol anak kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK yang didakwa merogol anak kandungnya diiringi anggota polis di Mahkamah Sesyen di Raub, Pahang.

LIPIS – Seorang bapa tergamak merogol anak kandungnya yang berusia 16 tahun, dua hari berturut-turut, pada 17 dan 18 Mac lalu.

Perbuatan terkutuk itu dilakukan antara pukul 10.30 malam hingga 12.30 tengah malam di sebuah rumah di Benta, di sini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pihaknya bertindak menahan suspek berusia 54 tahun pada 20 April lalu selepas menerima aduan daripada kakak tiri mangsa.

“Hasil siasatan mendapati, suspek bukan sahaja telah merogol mangsa pada 17 dan 18 Mac lalu, tetapi suspek turut melakukan amang seksual dengan mencabul mangsa pada 17 April lalu sekitar pukul 7 pagi di alamat rumah yang sama.

“Siasatan juga mendapati, mangsa telah mula menjadi mangsa gangguan seksual oleh bapa kandungnya itu sejak berumur 10 tahun, dan mula dirogol pada usia 15 tahun. Bagaimanapun, mangsa tidak berani membuat laporan polis kerana bimbang dia dan ibunya dipukul setelah diugut oleh bapa kandung setiap kali melakukan perbuatan terkutuk itu,” katanya di sini hari ini.

Azli memberitahu, pihaknya turut merampas sehelai kain cadar tilam, sehelai sarung bantal dan sehelai selimut sebagai bahan bukti dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol anak kandung.

“Kes juga disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 atas kesalahan amamg seksual ke atas kanak-kanak dan suspek telah ditahan reman selama 10 hari bermula 20 April sehingga 29 April ini, dan berdasarkan rekod, suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI