fbpx

Pekerja bengkel warga Pakistan maut dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kebakaran (kiri) dan mangsa yang maut (kanan).

SHAH ALAM – Seorang pekerja bengkel kereta maut selepas terperangkap di kawasan tangga premis itu dalam kebakaran di Jalan Jemuju 3, Seksyen 16, awal pagi tadi.

Dalam kebakaran bermula kira-kira pukul 5.12 pagi itu, mangsa merupakan lelaki warga Pakistan berusia 30an turut melecur pada kedua-dua belah kaki.

Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay anak Embol berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki memaklumkan tentang kebakaran itu.

Katanya, bengkel tersebut adalah bangunan dua tingkat dan terdapat seorang lelaki warga Pakistan dipercayai pekerja bengkel tersebut dijumpai di tangga bangunan tidak berjaya menyelamatkan diri.

“Mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian dan mengalami kecederaan melecur pada kedua-dua belah kaki.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dekat sini untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, bangunan bengkel itu musnah 100 peratus akibat kebakaran dan punca masih dalam siasatan pihak forensik bomba.

Ramsay menjelaskan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat memaklumkan sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam terlibat dalam operasi pemadaman itu.

“Api berjaya oleh pihak bomba kira-kira pukul 5.42 pagi dan berjaya dipadamkan sepenuhnya 25 minit kemudian sebelum mengeluarkan mangsa yang tidak sedarkan diri,” kataya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI