fbpx

MB Johor mahu Imigresen konsisten beri perkhidmatan di CIQ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA kaunter kereta di CIQ BSI tidak beroperasi walaupun masih dalam tempoh perayaan Aidilfitri.

JOHOR BAHRU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor perlu terus memberi perkhidmatan terbaik di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini yang merupakan pintu masuk utama negara di selatan tanah air.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, gesaan itu dibuat ekoran pihak telah menerima banyak aduan berhubung kaunter pemeriksaan Imigresen yang ditutup walaupun ketika masih dalam tempoh perayaan Aidilfitri.

Sehubungan itu katanya, JIM Johor perlu konsisten kerana ketika lawatan dibuat beliau, semua kaunter dibuka dan beroperasi sepenuhnya.

“Saya mohon supaya pihak Imigresen terus memberi perkhidmatan yang terbaik seperti minggu lepas (ketika lawatan beliau). Hari ini (semalam), saya dapat laporan bahawa banyak kaunter yang ditutup walaupun ada banyak kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya.

Sementara itu, Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir memberitahu, beberapa kaunter di CIQ BSI tidak dapat beroperasi atas sebab tertentu termasuk masalah teknikal dan keselamatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI