fbpx

Haram orang dewasa minta duit raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemberian duit raya kepada kanak-kanak adalah perbuatan dipuji kerana ia menzahirkan kasih sayang dan mendatangkan kegembiraan kepada si penerima. – Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Haram bagi orang dewasa atau sudah akil baligh meminta duit raya termasuk sebarang bentuk hadiah kerana ia boleh mengundang aib kepada orang yang diminta yang belum pasti mampu menunaikan permintaannya atau sebaliknya.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, Islam tidak menyukai sifat pemalas dan pengangguran, sebaliknya mahu umatnya sentiasa berusaha mencari pendapatan halal.

Wan Salim

Katanya, hukum asal me­minta-minta adalah haram kecuali dalam keadaan terdesak atau terpaksa.

“Tetapi dengan syarat pemin­ta tak berkeras terhadap orang yang diminta sehingga menjatuhkan air muka sendiri.

“Nabi SAW bersabda tidak halal meminta-minta kecuali dalam tiga situasi iaitu seorang yang menanggung beban perbelanjaan kerana menggunakannya untuk mendamai antara dua kumpulan yang bersengketa dan seorang ditimpa bencana sehingga rosak binasa hartanya,” kata beliau.

Menurut Wan Salim, golongan ketiga ialah mereka yang papa dan disaksikan kepapaannya itu oleh tiga orang dalam kalangan kaumnya sendiri.

Bagaimanapun, tambah beliau, meminta dibenarkan sekiranya benar-benar terdesak untuk meneruskan kehidupan.

Dalam pada itu katanya, perbuatan meminta duit raya semasa Hari Raya Aidilfitri juga sememangnya memberi pandangan yang rendah kepada pihak yang diminta.

“Jika kanak-kanak ia bukan dosa, tetapi bukan kepada orang dewasa. Sebab agama mengga­lakkan kita berusaha dan mencari rezeki sendiri,” ujarnya.

Ujar Wan Salim, kanak-kanak sepatutnya diberikan kasih sa­yang daripada orang dewasa terutama semasa Aidilfitri.

“Tidak perlulah tunggu mereka meminta duit raya, sepatutnya kita orang dewasa menghulurkannya dahulu terutama di hari lebaran ini sekadar menceriakan hati kanak-kanak.

“Lebih elok menyediakan amaun yang munasabah dan tidak membebankan seseorang serta mampu disediakan. Ini sekadar memberi keceriaan dan ke­gembiraan buat kanak-kanak,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI