fbpx

39 individu ditahan langgar permit jual mercun, bunga api di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis Johor menahan seramai 39 individu kerana melanggar permit menjual mercun dan bunga api di negeri ini.

JOHOR BAHRU – Polis Johor telah menahan seramai 36 lelaki warga tempatan dan tiga lelaki warganegara asing yang didapati telah melanggar syarat lesen dan permit penjualan mercun dan bunga api.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, penahanan kesemua suspek itu dibuat dalam operasi yang dijalankan bermula 28 Mac hingga semalam.

Menurut beliau, kesemua mereka ditahan di bazar dan premis jualan kerana telah menjual mercun dan bunga api yang tidak dibenarkan.

“Dalam operasi tersebut, sebanyak 712 mercun dan bunga api pelbagai jenis telah dirampas, dengan seramai 39 suspek ditahan termasuk tiga warganegara asing yang bekerja di premis berkenaan.

“Dalam pada itu, sebanyak 33 kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Kamarul Zaman, sebanyak 18 kertas siasatan telah dituduh di mahkamah manakala selebihnya masih dalam proses untuk dilengkapkan bagi tujuan pertuduhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI