fbpx

Tiga lagi ditahan kes larikan pemuda di Shahab Perdana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan mangsa berbaju biru dipaksa memasuki sebuah kereta oleh beberapa individu di Shahab Perdana, Alor Setar kelmarin.

ALOR SETAR – Tiga lagi suspek termasuk seorang wanita berjaya ditahan polis berhubung kejadian seorang individu dilarikan dalam kejadian di Terminal Bas Shahab Perdana, di sini pada kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, tiga suspek iaitu wanita berusia 39 tahun dan dua lelaki masing-masing berusia 40 dan 42 tahun ditahan di tiga lokasi berasingan antara pukul 7 malam hingga 9 malam, semalam.

Katanya, tangkapan terhadap tiga individu itu menjadikan jumlah suspek ditahan seramai empat orang.

“Tiga tangkapan terbaharu itu dilakukan di sekitar Alor Setar, Jitra dan Changlun dengan suspek wanita positif dadah jenis methamphetamine.

“Kesemua mereka direman selama enam hari hingga 1 Mei ini dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 362 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang merupakan pemuda berusia 27 tahun sudah ditemui dan siasatan sedang dijalankan termasuk motif kejadian.

Kosmo! Online semalam melaporkan seorang lelaki ditahan manakala empat lagi suspek diburu berhubung kejadian seorang individu dilarikan dalam kejadian dekat Terminal Bas Shahab Perdana, di sini.

Terdahulu, satu video yang memaparkan seorang lelaki dipaksa memasuki sebuah kereta berwarna putih oleh sekumpulan individu sambil mangsa menjerit kesakitan tular. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI