fbpx

Suami isteri warga emas dikurnia 10 cucu, cicit kembar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli keluarga mengadakan acara tradisi unik iaitu mengarak pasangan suami isteri itu menggunakan beca motosikal. – Istimewa

JAKARTA – Sepasang suami isteri warga emas di Batu Bara, wilayah Sumatera Utara menjadi perhatian ramai kerana memiliki 10 pasangan kembar cucu dan cicit, lapor laman berita Detik semalam.

Sudio, 98, dan isterinya Welas, 86, memiliki 10 orang anak, namun tiada seorang pun daripada anak mereka dilahirkan kembar.

“Anak-anak pasangan ini tiada kembar. Namun, keturunan mereka yang lain iaitu cucu dan cicit dilahirkan dengan 10 pasangan kembar.

“Pasangan kembar  paling tua adalah cucu mereka yang berusia 35 tahun serta telah pun mempunyai anak,” kata salah seorang cucu, Santi.

Tambahnya, seluruh ahli keluarga yang melebihi 100 orang itu akan berkumpul setiap kali sambutan Hari Raya Aidilfitri di rumah Sugio dan Welas di Batu Bara.

Mereka turut mengadakan acara tradisi unik iaitu mengarak pasangan suami isteri itu menggunakan beca motosikal.

Keluarga besar itu memiliki 10 orang anak dan menantu, 58 cucu serta 30 cicit. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI