fbpx

[VIDEO] Seorang ditahan, empat diburu kes larikan pemuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan mangsa berbaju biru dipaksa memasuki sebuah kereta oleh beberapa individu di Shahab Perdana, Alor Setar kelmarin.

ALOR SETAR – Seorang lelaki ditahan manakala empat lagi suspek diburu berhubung kejadian seorang individu dilarikan dalam kejadian di Terminal Bas Shahab Perdana, di sini semalam.

Terdahulu, satu video yang memaparkan seorang lelaki dipaksa memasuki sebuah kereta berwarna putih oleh sekumpulan individu sambil mangsa menjerit kesakitan tular sejak malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kejadian itu berlaku di hadapan sebuah hotel pada petang semalam.

Katanya, kejadian tersebut turut dirakam orang awam yang berada di lokasi kejadian.

“Pada kira-kira pukul 6.30 petang, bapa mangsa berusia 46 tahun menerima maklumat menyatakan anak lelakinya berusia 27 tahun dilarikan oleh beberapa individu termasuk wanita.

“Berikutan itu, bapa mangsa bergegas ke lokasi kejadian dan sebaik tiba di lokasi, lelaki terbabit ditunjukkan rakaman video kejadian yang dirakam orang awam di situ,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, bapa mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI