fbpx

Remaja OKU maut, rakan kritikal dipanah petir ketika main bola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang remaja OKU maut manakala seorang lagi rakannya kritikal dipanah petir dalam kejadian di padang Pekan Papar, hari ini. -Foto IHSAN BOMBA

PAPAR – Seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) maut manakala seorang lagi rakannya kritikal dipanah petir ketika bermain bola di padang Pekan Papar, hari ini.

Dalam kejadian sekitar pukul 3.55 petang itu, mangsa, Muhammad Zulqilfle Redzwan, 13, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada pukul 4 petang.

“Sepasukan bomba bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar digerakkan ke lokasi kejadian.

“Laporan adalah membabitkan dua remaja lelaki masing-masing berusia 13 tahun dan disambar petir ketika bermain bola sepak.

“Pasukan bomba EMRS memberi rawatan awal pada mangsa yang cedera dan kemudiannya menyerahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dihantar ke Hospital Papar.

“Seorang lagi mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada pukul 4.40 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI