DUA hero kesayangan ramai, Datuk Rosyam Nor dan Zamarul Hisham menjadikan sambutan lebaran tahun ini terisi dengan segunung kegembiraan, apatah lagi dapat berhimpun seisi keluarga besar mereka pada 1 Syawal lalu. Dikelilingi wajah-wajah kesayangan pada hari istimewa tentu saja meninggal memori indah tambahan pula apabila semua anak cucu dapat pulang berhari raya. Biarpun kedua-dua susuk lelaki popular ini anak jati Kuala Lumpur yang tidak pernah merasai pengalaman bersesak di lebuh raya untuk pulang ke kampung, mereka tetap menyimpan nostalgia raya……