fbpx

200 kanak-kanak akui hisap vape dua kali seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian kanak-kanak yang mengikuti program tanpa nikotin anjuran CAP sejak dua bulan lalu

GEORGE TOWN – Kira-kira 200 kanak-kanak terdiri dalam kalangan murid sekolah rendah di Pulau Pinang mengaku menghisap vape atau e-rokok milik bapa atau abang mereka setiap dua kali seminggu.

Perkara itu didedahkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) selepas menjalankan program tanpa nikotin untuk pelajar di lima buah sekolah iaitu tiga di sekolah rendah dan dua di sekolah menengah di negeri ini.

Pegawai Pendidikan CAP, N.V. Subbarow berkata, jumlah kanak-kanak tersebut adalah daripada 300 peserta yang mengikuti program yang diadakan sejak dua bulan lalu.

Menurutnya, sebilangan besar kanak-kanak telah mengakui yang mereka tidak membeli sebarang alatan vape namun tertarik akan jus cecair vape terutama berperisa buah-buahan yang ditinggalkan di rumah atau di dalam kereta.

“Hasil temubual mendapati, kanak-kanak berusia 9 hingga 12 mengakui yang mereka kerap mencuba vape milik bapa dan abang yang kerap menggunakan produk ini di rumah serta ketika memandu.

“Bapa dan abang ini dengan santai memberikan gajet vape mereka kepada anak-anak yang duduk di sebelah (dalam kereta), di rumah atau semasa keluar. Apabila menawarkan vape, mereka (kanak-kanak) ini selalu mengatakan ia adalah jus buah, jadi tidak perlu risau apabila kandungan sebenar adalah nikotin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lebih membimbangkan, jelas Subbarow, kanak-kanak tersebut juga mendakwa yang adik-beradik mereka itu ada mencadangkan untuk mencuba vape meskipun pada mulanya ditolak.

“Mereka menghisap vape di rumah apabila ibu bapa tiada. Kerana bau buah, ramai kanak-kanak mengakui bahawa mereka percaya bahawa jus itu diperbuat daripada buah-buahan atau gula-gula.

“Semasa program CAP, kanak-kanak dan pelajar perempuan juga didapati tertarik dengan budaya vape. Daripada empat kanak-kanak, seorang perempuan didapati ketagih. Di sekolah menengah, nisbahnya adalah enam berbanding dua bagi pelajar perempuan,” ujarnya.

Beliau memberitahu, tindakan yang dilakukan golongan bapa dan abang kanak-kanak tersebut adalah satu kesalahan dan penderaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI