fbpx

Tarik pukat jadi acara pelancongan terbaharu Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian peserta sedang menarik pukat di Pulau Kekabu, Marang hari ini.

MARANG -Aktiviti tarik pukat yang merupakan tradisi nelayan pesisir pantai Terengganu bakal dimasukkan sebagai salah satu acara tahunan dalam kalendar pelancongan negeri mulai tahun hadapan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keunikan amalan tradisi itu mampu menarik kedatangan pelancong selain usaha memastikan aktiviti tradisi berkenaan tidak pupus ditelan zaman.

“Aktiviti tarik pukat ini sudah biasa bagi komuniti nelayan pantai. Bukan sekadar kebersamaan rapatkan ukhwah masyarakat semata-mata tetapi rutin tradisi ini sebenarnya mempunyai keunikan tersendiri sebagai produk pelancongan.

“Kerajaan negeri Terengganu akan jadikan acara rasmi tahunan dan dimasukkan dalam kalendar tahunan mulai tahun depan,” katanya selepas merasmikan program Tarik Pukat Raya di Pantai Pulau Kebabu di sini hari ini.

Seramai 300 penduduk tempatan dan perantau pulang ke kampung turut serta menarik pukat yang dilempar untuk menangkap ikan di pesisir pantai.

Ahmad Samsuri berkata, penganjuran pada kali ini juga bertujuan memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri yang memasuki 3 Syawal semalam.

Tambah beliau, selain Pulau Kekabu, beberapa lokasi pesisir pantai lain di negeri ini akan dikenal pasti bagi penganjuran program tarik pukat terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI