fbpx

Syawal tamatkan sengketa Ajak, Shahrol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AJAK memuat naik foto bersama Shahrol dalam Instagramnya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Kehadiran Syawal tahun ini memberi makna tersendiri buat dua anggota kumpulan Shiro, Ajak dan Shahrol apabila menamatkan sengketa yang difahamkan tercetus sejak lima tahun lalu.

Berita gembira itu dikongsikan Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak yang memuatnaik gambar mereka di Instagramnya, baru-baru ini.

“Waktu dah memaafkan,” katanya ringkas seakan merujuk situasi positif membabitkan persahabatan mereka.

Dalam perkongsian sama Ajak turut menyertakan serangkap pantun mencuit hati bagi mengucapkan terima kasih kepada teman yang berkongsi rezeki.

“Anak memerang mandi manda, Tersangkut akar jatuh perigi, Kami semua kawan lama, Terima kasihlah belanja kopi,” tulisnya.

Sekitar Ogos tahun lalu kemelut dalam persahabatan kedua-duanya mula tersingkap apabila mereka saling berbalas kenyataan di media sosial mengenai isu membabitkan sebuah stesen radio.

Ketika itu dalam maklum balas Ajak kepada kenyataan Shahrol, dia turut mendedahkan sebenarnya hubungan mereka dingin sejak lima tahun sebelum itu.

Akibatnya terdedah lagi pelbagai cerita lain yang selama ini hanya tersimpan kemas dalam kalangan orang terdekat mereka saja.

Ajak bersama Shahrol atau nama lengkapnya Shahrol Azizie Azmi, 38, adalah saudara sepupu yang bergabung membentuk kumpulan Shiro untuk menyertai pertandingan realiti Raja Lawak.

Tuah berpihak kepada mereka apabila meraih juara Raja Lawak musim keenam seterusnya mengungguli gelaran Maharaja Lawak Mega 2018. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI