fbpx

Menyamar pihak berkuasa untuk peras ugut wang RM400,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang daripada tiga suspek yang ditahan pada Sabtu lalu kawasan Bangkok Noi didapati memiliki pakaian seragam tentera. - Bangkok Post

BANGKOK – Polis Bangkok menahan tiga individu didakwa terlibat dalam kes peras ugut berprofil tinggi yang bernilai sehingga 3.1 juta baht (RM398,685), lapor laman berita Thaiger semalam.

Suspek yang menyamar sebagai pegawai keselamatan dilaporkan memeras ugut wang daripada seorang mangsa menggunakan waran tangkap palsu untuk menggeledah rumahnya.

Pada 11 April lalu, empat lelaki muncul ketika mangsa berada di rumahnya. Mereka menyamar sebagai tentera yang bertugas di bahagian Komando Operasi Keselamatan Dalam Negeri dan Polis Bahagian Penindasan Jenayah.

Penyamar itu mempunyai waran tangkap palsu dan memberitahu mangsa bahawa dia dikehendaki atas tuduhan penipuan.

Mereka kemudian memeras ugut mangsa yang menyerahkan wang bernilai 3.1 juta baht (RM398,685) kerana bimbang dikenakan tindakan undang-undang.

Mangsa kemudian melaporkan kejadian itu kepada balai polis Hua Mak. 

Pada Jumaat lalu, polis menahan tiga suspek kes itu di Songkhla dan Bangkok. Polis turut merampas 25 barang termasuk topi tentera, jaket dan beg kulit berlogo Perintah Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC). 

Polis kini memburu suspek keempat. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI