fbpx

Lelaki samun kedai telefon guna pistol mainan diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Seorang lelaki warga emas ditahan selepas menyamun sebuah kedai telekomunikasi dengan bersenjatakan pistol mainan dalam kejadian di Jalan Onn Jaafar di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, suspek yang merupakan lelaki warga tempatan berusia 66 tahun itu diberkas pada pukul 4 petang.

Katanya, tangkapan ke atas suspek membawa kepada rampasan barang kes termasuk beg galas, sepucuk pistol mainan dan dua bilah pisau.

“Dengan tertangkapnya suspek tersebut telah berjaya menyelesaikan dua lagi kes samun menggunakan modus operandi sama yang dilaporkan pada 25 Mac dan 5 April lalu di sekitar Pekan Bharu.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin dan memiliki beberapa rekod kesalahan lampau bersabit kes jenayah dan narkotik,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, suspek direman tujuh hari untuk siasatan lanjut bermula hari ini sehingga Sabtu depan.

Katanya, ketiga-tiga kes melibatkan suspek disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata.

“Pihak polis sedang melengkapkan siasatan dan akan merujuk kertas siasatan kepada timbalan pendakwa raya untuk cadangan pertuduhan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI