fbpx

Lelaki maut terjatuh tingkat lima hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat lima sebuah bangunan hotel di Tanjung Aru petang semalam. - Foto Ihsan bomba

KOTA KINABALU – Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat lima sebuah bangunan hotel di Tanjung Aru petang semalam.

Dalam kejadian sekitar pukul 6.10 petang itu, mangsa berusia 36 tahun berkenaan dipercayai terjatuh sehingga ke beranda tingkat satu bangunan terbabit.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 6.15 petang.

“Sepasukan anggota bomba bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu digerakkan ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota bertugas mendapat terdapat seorang mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat lima ke beranda tingkat satu bangunan.

“Pasukan bomba menjalankan operasi membawa turun mangsa ke bawah,” katanya dalam kenyataan media.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Kementerian Kesihatan  (KKM).

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya sebelum operasi ditamatkan pada pukul 6.42 petang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI