fbpx

Anwar lawat Rohana Jalil, rakan MCKK di ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika melawat Rohana Jalil Jumaat lalu

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lalu berkesempatan untuk melawat rakannya semasa di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan penyanyi Rohana Jalil di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Anwar melalui laman sosial beliau hari ini turut mendoakan kesihatan kedua-dua insan tersebut.

“Jumaat lalu saya berkesempatan ke HCTM Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menziarahi saudara Adzis Ismail dan seniwati Rohana Jalil.

“Seniwati Rohana sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), akibat kebocoran usus dan tahap kesihatannya masih dipantau pasukan perubatan.

“Manakala saudara Adzis yang merupakan rakan saya semasa di MCKK sedang menjalani dialisis akibat masalah kesihatan yang dialami.

“Saya mendoakan kedua-dua mereka dikurniakan aafiyah, insyaAllah,” tulis beliau. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI