fbpx

TV3 batal siaran takbir raya Perikatan Nasional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster takbir raya yang dimuat naik Perikatan Nasional.

PETALING JAYA – Siaran takbir raya Perikatan Nasional selama lima minit yang dijadualkan berlangsung di TV3 malam ini dibatalkan.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pemuda Armada Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dalam satu hantaran di Twitter sebentar tadi.

Menurutnya, siaran takbir raya pemimpin parti itu dibatalkan pada saat akhir iaitu 10 minit sebelum ia sepatutnya disiarkan.

“TV3 batalkan walaupun kami dah bayar untuk siaran. Pukul 10.11 malam baru dimaklumkan melalui emel. Adalah tu yang mengarahkan,” dakwanya.

Bagaimanapun, menerusi emel yang dikeluarkan TV3, siaran itu tidak dapat dimainkan atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

“Kami kesal kerana tidak dapat menyampaikan perkara ini seperti yang dijanjikan dan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin berlaku.

“Soal pembayaran, kami akan mengatur supaya wang tersebut dikembalikan kepada anda secara keseluruhan secepat mungkin,” jelas TV3.

Terdahulu, Perikatan Nasional memuat naik poster takbir raya yang dijadualkan berlangsung di TV3 pada pukul 10.20 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI